HomeMain58 Kilang Dibenar Operasi 24 Jam Sepanjang PKP 3.0

58 Kilang Dibenar Operasi 24 Jam Sepanjang PKP 3.0

Read Time:39 Second

Sebanyak 58 kilang di negeri ini dibenarkan beroperasi selama 24 jam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya hari ini berkata, kilang berkenaan termasuklah kilang penapisan minyak sawit (refinery), kilang kelapa sawit (crude palm oil mill), dan kilang biodiesel.

Katanya, kilang baja kimia, kilang pemprosesan ‘Spent Bleaching Earth’, kilang besi dan keluli (steel billets dan steel bar), dan kilang simen turut mendapat kebenaran yang sama.

Menurutnya, kebenaran itu atas sebab mekanikal iaitu pemberhentian mesin dan menghidupkan semula mesin seperti relau (furnace) dan ‘boiler’ akan mengambil masa yang panjang.

Menurutnya, ia akan merosakkan mesin-mesin sekiranya diberhentikan dan dihidupkan semula terlalu kerap. 

Beliau berkata, kehadiran pekerja yang dibenarkan adalah tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah kakitangan sedia ada.

RELATED ARTICLES
Main

Cadangan mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil persekutuan akan dikemukakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya