HomeUtamaSabah Mohon Kebenaran Untuk Membeli Sendiri Vaksin Daripada Pharmaniaga - Bung...

Sabah Mohon Kebenaran Untuk Membeli Sendiri Vaksin Daripada Pharmaniaga – Bung Mokhtar

Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Negeri Sabah memohon agar Kerajaan Pusat membenarkan kerajaan Negeri untuk membeli bekalan vaksin sendiri bagi memastikan program vaksinasi dapat diperkasakan lagi ujar Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar.

Katanya Sabah melalui Warisan Harta, Sebuah syarikat yang dilantik kerajaan negeri telah memohon tiga ratus ribu vaksin  untuk dipasarkan di klinik-klinik swasta dan sebagainya

“Sebagai pemimpin di negeri Sabah, beliau meminta Kerajaan Persekutuan agar dapat membekalkan negeri Sabah dengan vaksin melalui Pharmaniaga, sebuah syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Pusat untuk mebekalkan vaksin kepada sektor swasta”.

Ujarnya melihat kepada negara Amerika, Eropah , China, Thailand dimana mereka tidak terlalu rigid di dalam program pemberian vaksin ini. Mereka masuk ke kawasan kampung, mendaftarkan secara manual dan misi mereka adalah memberikan vaksin seberapa banyak ke negara tersebut.

“Namun di Malaysia ada Mysejahteralah, ada itulah tetapi tidak berjalan, dan di dalam pengiraan saya  jika dikira purata pemberiannya sekarang, kita memerlukan bertahun tahun dimana pandemik ini telahpun berada di kalangan masyarakat”.  

“Di Sabah kita mempunyai 3.89 juta penduduk tetapi sekarang ini hanya kira-kira 130,000 orang yang sudah divaksin dan ini bermakna masih ramai yang terdedah kepada jangkitan Covid-19.

“Dan ini amatlah membimbang dengan varian baru daripada India, afrika, yang jika tidak ditangani dengan segara. Sebab itu saya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan terutama Menteri yang bertanggungjawab, YB Khairy Jamaluddin untuk memahami Negeri Sabah dan membenarkan Pharmaniaga menjual vaksinnya kepada Kerajaan negeri Sabah” katanya lagi.

Menurut Bung Mokhtar yang juga Menteri Kerjaraya Sabah, melihat kepada jirannya iatu Sarawak, dimana kadar pemvaksinan di negeri berkenaan amat tinggi, tetapi bagi di negeri Sabah, hanya 130 ribu lebih yang sudah menerima vaksin dan cuba bayangkan jika varian baru masuk ke negeri tersebut katanya lagi.

sekiranya sektor swasta di Sabah dibekalkan vaksin untuk diberi atau dijual kepada orang ramai ia akan mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kerana kerajaan dan sektor swasta bersama melaksanakannya.

Katanya, negara ini juga perlu mencontohi beberapa negara luar yang membenarkan sektor swasta menjual vaksin kepada rakyatnya.

“Di Filipina, di Thailand sudah lakukannya (penjualan vaksin oleh sektor swasta), kenapa di Malaysia terlalu ‘slow’? Ramai pemimpin yang bercakap mengenai Covid-19 tetapi mereka hanya cakap kosong saja dan tidak fikir masalah rakyat.

“Negara lain termasuk di Eropah, Amerika, China mereka bertungkus-lumus memberikan vaksin kepada seberapa banyak rakyat mereka tetapi kita di Malaysia, MySejahtera lah, itulah tetapi tidak juga berjalan,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya