HomeUtamaPhilip Among Ditahan Polis Berhubung Siasatan Cabul Peserta Unduk Ngadau

Philip Among Ditahan Polis Berhubung Siasatan Cabul Peserta Unduk Ngadau

Read Time:1 Minute, 2 Second

Pemimpin politik yang didakwa terlibat mencabul seorang peserta Unduk Ngadau ditahan polis di pejabatnya kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Terdahulu, beberapa anggota polis hadir di pejabat Philip Among yang merupakan ahli Parti Solidariti Tanah Airku (Star) ketika dia sedang bercakap kepada wartawan dalam sidang akhbar.

Sidang akhbar tersebut kemudiannya dihentikan tidak lama selepas itu membolehkan Philip berjumpa dengan anggota polis berkenaan di dalam pejabatnya.

Tidak lama selepas itu, beliau dilihat meninggalkan pejabatnya dengan menaiki sebuah kenderaan polis yang tidak bertanda dipercayai menuju ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Semalam, tular di media sosial mengenai laporan polis daripada seorang peserta Unduk Ngadau yang mendakwa dicabul seorang pemimpin politik.

Turut tular ialah laporan polis mendakwa pemimpin sama memarahi anggota Rela yang menahannya daripada memasuki dewan KDCA kerana tidak mematuhi SOP.

Susulan itu, Star mengambil keputusan menggantung keahlian Philip sehingga siasatan selesai.

Dalam sidang akhabr tadi, Philip memberitahu wartawan, dia sudah memfailkan saman sivil terhadap peserta itu, pegawai Rela dan portal berita berhubung dakwaan terbabit yang dinafikannya sebagai palsu.

Peguamnya, Marcel Jude ketika ditermui berkata, Among ditahan polis untuk membantu siasatan atas dakwaan gangguan seksual dan serangan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali seperti dilaporkan berkata, penahanan tersebut adalah prosedur biasa bagi membantu siasatan.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya