Jefrey Lancar Sos Cili Sabasco, Jenama Tempatan Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

 Pelanggan Sugarbun kini berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah menawarkan hadiah sehingga RM2,000 serta baucer Sugarbun dan Pezzo sempena pelancaran produk terbaru Sugabun iaitu sos cili Sabasco.

Sabasco merupakan satu lagi produk tempatan Sugarbun Borneo Asian Food yang pastinya memberi pilihan kepada penggemas sos cili tempatan.

Sos cili yang diperbuat daripada lada Momporok yang dihasilkan di daerah Kunak itu diharap mampu menembusi pasaran antarabangsa suatu hari kelak.

Majlis pelancaran yang diadakan secara langsung menerusi Facebook pada 28 Mei itu mempamerkan keunikan dan keistimewaan sos cili terbaru keluaran Sugarbun.

Produk tempatan ini sudah lama melalui proses penyelidikan dan pembangunan hingga terhasil Sabasco yang menggabungkan resepi yang istimewa dengan menggunakan lada keluaran tempatan Sabah.

Majlis pelancaran yang disempurnakan secara online oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan ini turut menampilkan personaliti tempatan seperti Carls Evert yang turut mengadakan pertandingan makan Sabasco bersama dua tetamu jemputan.

Sos cili Sabasco kini boleh diperolehi dengan pembelian makanan di restoran SugarBun dan Pezzo di seluruh Malaysia dan boleh dibeli secara online menerusi Shopee atau laman web www.sabasco.com.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *