HomeUtamaUMS Sambut Baik Pewujudan PPV Di IPT

UMS Sambut Baik Pewujudan PPV Di IPT

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyambut baik pewujudan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Naib Canselor UMS Datuk Profesor Dr ChM Ts Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, langkah itu dilihat tepat dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan.

“Di peringkat universiti ini, pelaksanaannya akan dikendalikan oleh pihak Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) manakala Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula telah menetapkan sebanyak 1,000 dos suntikan vaksin sehari kepada HUMS.

“UMS sangat menghargai usaha murni ini dan berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad atas kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Taufiq berkata, pengurusan UMS juga telah meluluskan cadangan menjadikan universiti itu sebagai PPV pada 25 Mei lalu.

“HUMS kini sudah bersiap sedia bagi memastikan proses vaksinasi dapat dilakukan dengan baik dan lancar di kampus ini.

“Seperti yang sedia maklum, kita sebelum ini juga telah dijadikan sebagai salah sebuah pusat ujian sampel Covid-19. Malah sejak wabak ini melanda negara kita, HUMS sudah terlibat secara langsung dalam membantu kerajaan negeri bagi mengekang penularan pandemik ini,”katanya.

Katanya, dengan pengalaman, kepakaran dan kelengkapan yang dimiliki, UMS khususnya HUMS mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Untuk rekod, inisiatif PPV IPT ini mampu memberikan 14,400 vaksin sehari atau 432,000 vaksin sebulan di seluruh negara.

Terdahulu, KPT dalam kenyataan pada Selasa menjelaskan UMS merupakan antara 19 Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi yang tersenarai dalam pelaksanaan PPV IPT.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular