HomeIsu tempatanHANYA `JOGGING’ DAN SENAMAN SETEMPAT DIBENARKAN KETIKA INI

HANYA `JOGGING’ DAN SENAMAN SETEMPAT DIBENARKAN KETIKA INI

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin dalam Kenyataan Media menegaskan, hanya aktiviti `Jogging’ (berlari anak) dan senaman setempat di kawasan kejiranan secara inidividu dibenarkan untuk tempoh sehingga 14hb Jun 2021 dalam usaha memerangi penularan virus Covid-19 di Sabah.

Katanya “mereka yang melanggarkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) akan di kompaun oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)”.

“Situasi jangkitan Covid-19 hari ini menagih kita untuk mempraktikkan disiplin diri tertinggi. Namun begitu, masih ramai yang tidak dapat bersabar menunggu SOP baharu, menyebabkan mereka mengambil keputusan sendiri, seperti berbasikal dan`jogging’ di taman, menyebabkan mereka di kompaun,” tambahnya.

“Penyediaan SOP melibatkan perancangan teliti, dibincangkan di peringkat Kementerian masing-masing sebelum diusulkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah untuk diluluskan dan kemudiaannya diwartakan.

“Selepas diwarta, SOP terkini akan di salin dalam bentuk info grafik, diteliti berkali-kali sebelum disiarkan. Ini semua memakan masa, dan bukannya seperti anggapan pagi ini dibuat, petang sudah boleh disiarkan,” jelas Datuk Ellron.

Dalam pada itu, semua latihan berlandaskan `Quarantine Base’ oleh atlet dan pasukan Elit Negeri atau Kebangsaan yang bermastautin di Sabah boleh diteruskan seperti biasa tetapi mengikut SOP ketat yang telah diwarta.

Buat masa ini, hanya kategori Sukan Prestasi Tinggi dibenarkan untuk menjalankan latihan, ini termasuk atlet Kebangsaan, atlet Sukan Malaysia (Sukma) serta atlet PARA Sukma di bawah program Majlis Sukan Negara dan Negeri. Semua atlet Elit ini perlu memastikan mereka membawa bersama Surat Lantikan Atlet tanpa gagal.

Sukan-sukan yang terlibat ialah sukan olahraga, angkat berat, akuatik (terjun), karate, sepak takraw wanita serta hoki untuk pasukan lelaki dan wanita, dengan masa latihan bermula 6.00 pagi hingga 7.00 petang.

Selain itu, pelaksanaan semua SOP di pusat latihan perlu dipatuhi sepenuhnya TANPA GAGAL. Ini termasuk pendaftaran MySejahtera/SabahTrace atau buku catatan kehadiran, penyediaan cecair pembasmi kuman di semua pintu masuk, imbasan suhu untuk semua pengguna, menyahkuman semua peralatan sebelum, setiap kali selepas penggunan dan selepas operasi. TIADA perkongsian peralatan termasuk gelas, tuala dan `exercise mat’.

Sehubungan dengan itu, maklumat dan keterangan lanjut berkenaan SOP Sukan dan Rekreasi boleh diperoleh dengan
menghubungi Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah Mohd Asneh Mohd Noor ditalian 013-8703107, Valerie Wong ditalian 0198808198 atau Desmond Qwek ditalian 014-8675666.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

350 kakitangan KYS sertai program berjalan 10,000 langkah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular