HomeUtamaWanita PBRS Kesal Dengan Insiden Gangguan Seksual Terhadap Peserta Unduk Ngadau

Wanita PBRS Kesal Dengan Insiden Gangguan Seksual Terhadap Peserta Unduk Ngadau

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU – Wanita PBRS mengambil berat mengenai laporan gangguan seksual yang telah dilakukan ke atas seorang peserta Unduk Ngadau yang tular di media sosial.

Puan Zainon Haji Kayum, Ketua Wanita PBRS berkata perkara sebegini tidak pernah dilaporkan berlaku sepanjang penganjuran Unduk Ngadau sebelum ini. Kami bersimpati dengan ahli-ahli jawatan kuasa penganjur yang terlibat.

“Kami percaya mereka telah berusaha menjayakan acara tersebut sebaik meskipun dalam keadaan norma baru yang cukup mencabar. Kejadian ini pasti mendatangkan rasa hampa kerana ia sedikit-sebanyak telah mencalarkan imej Pertandingan Unduk Ngadau”.

Tegasnya, PBRS adalah sebuah parti yang berpegang kepada prinsip menghormati undang-undang negara. Kami percaya bahawa sesiapa sahaja, tanpa mengira pangkat dan kedudukan tidak seharusnya terlepas dari sebarang salah laku dengan sewenang-wenangnya.

“Wanita PBRS ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berwajib di atas tindakan pantas untuk segera menyiasat perkara ini. Harapnya tindakan tegas dapat diambil untuk mengelakan kejadian yang sama berulang di masa hadapan”.

Katanya lagi, Wanita PBRS turut memuji keberanian mangsa yang tampil untuk bersuara seterusnya membuat laporan tentang kejadian tersebut.

“Kami berharap para wanita akan terus berani bersuara demi menolak penindasan dan jenayah seksual yang dilakukan ke atas mereka”.

RELATED ARTICLES
Utama

74 Gereja di Tongod Terima Sumbangan RM50,000 Sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular