HomePendapatPembiayaan Peruntukan Di Bawah Kementerian Kewangan Negeri Tidak Salah

Pembiayaan Peruntukan Di Bawah Kementerian Kewangan Negeri Tidak Salah

Read Time:2 Minute, 1 Second

Peruntukan bagi membantu Kerajaan Negeri dalam membiayai penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri adalah diperuntukkan di bawah Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Asas pemberian adalah dikira berdasarkan peruntukan di bawah Bahagian 2, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri diagihkan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan Panjang Jalan Negeri yang berdaftar dalam sistem MARRIS Online. Antara kategori Jalan Negeri yang layak didaftarkan untuk pertimbangan meliputi Jalan Negeri yang diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Raya Bandaran yang diselenggara oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jalan Kawasan Perumahan Kos Rendah di bawah bidang kuasa PBT, Jalan Pertanian, Jalan Kampung dan Jalan Pulau Pelancongan.

Kebiasannya Kementerian Kewangan Malaysia akan menyalurkan peruntukan pemberian penyelenggaraan Jalan Negeri kepada Kumpulan Wang setiap bulan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia ke akaun Bendahari Negeri di bawah Kementerian Kewangan Sabah.

Mana-mana Perjanjian Konsesi yang dibuat di antara Kerajaan Negeri dengan mana-mana Syarikat, Sekretariat Kerajaan akan ditubuhkan melalui klausa yang diperuntukkan dalam Perjanjian yang merupakan suatu mekanisme pelaksanaan Perjanjian Konsesi. Sekretariat Kerajaan sebagaimana terkandung di dalam Perjanjian Konsesi adalah terdiri daripada  Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Peguam Besar Negeri atau wakilnya, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah atau wakilnya, Pengarah Jabatan Kerja Raya atau wakilnya, Bendahari Negeri atau wakilnya dan Pengarah Projek.

Tanggungjawab Sekretariat Kerajaan adalah untuk mengawasi dan melaksanakan objektif Perjanjian Konsesi; memutuskan Jalan Negeri yang memenuhi syarat perlu dijaga; dan memutuskan serta mengutamakan Jalan Negeri yang berkelayakan untuk pemulihan/pengradan jalan oleh syarikat konsesi yang dilantik.

Keputusan Kementerian Kewangan Sabah untuk mengambil alih semula pemantauan penyelenggaraan jalan raya Majlis-Majlis Perbandaran dan Daerah  di Sabah adalah selaras dengan Perjanjian Konsesi, Sekretariat Kerajaan yang ditubuhkan dibawah Perjanjian Konsesi akan diaktifkan semula bagi memperkemas pemantauan dan penyelarasan pelaksanaan konsesi ini yang melibatkan Jalan Bandaran dan Daerah (MCDC) di bawah pentadbiran PBT.

Selain itu, pengaktifan Sekretariat Kerajaan bagi konsesi ini yang terletak di bawah Kementerian Kewangan Sabah akan mempermudahkan penyelarasan penyaluran peruntukan Kementerian Kewangan Malaysia kepada Bendahari Negeri dan penyelarasan semua agensi yang terlibat dalam pelaksanaan termasuk KKTP yang bertanggungjawab kepada PBT, Pejabat Peguam Besar Negeri dan Jabatan Kerja Raya.

Oleh itu diharapkan segala kekusutan yang timbul baru-baru ini dapat diselesaikan dan kerajaan GRS dapat terus berkhidmat kepada rakyat dengan baik dan tidak menjadikan perkara ini satu bibit perpecahan diantara Menteri-menteri di Sabah.

Ahmad Ratib

Pesara kerajaan


Penafian :- pandangan ini tidak mencerminkan pendirian pasukan editorial SabahMedia.com

Anda punyai pandangan ? emailkan pandangan anda ke :- [email protected]

RELATED ARTICLES
Pendapat

Agenda Membasmi Miskin Tegar Di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular