HomeUtamaBerlaku Peningkatan Kes Covid-19 Di Sabah, 4 Kluster Baru Turut Direkodkan

Berlaku Peningkatan Kes Covid-19 Di Sabah, 4 Kluster Baru Turut Direkodkan

Read Time:1 Minute, 39 Second

7 Jun 2021
Normimie Diun
[email protected]

KOTA KINABALU: Jumlah kes COVID-19 di Sabah terus mencatat peningkatan dengan 336 kes baharu direkodkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, Tawau kekal mencatat jumlah kes tertinggi dengan 80 kes baharu diikuti Papar sebanyak 43 kes dan Kota Kinabalu 31 kes.

Menurutnya, daerah lain yang merekodkan kes COVID-19 termasuk Kinabatangan 29 kes, Sandakan (28), Kalabakan (19), Lahad Datu dan Kota Belud masing-masing 15 kes, Tuaran (13), dan Telupid 12 kes.

Katanya, Penampang dan Kudat masing-masing merekodkan 10 kes diikuti Putatan lapan kes, Beaufort (tujuh), Semporna (enam), Kunak (empat), Kuala Penyu dan Ranau masing-masing dua kes dan Kota Marudu serta Pitas satu kes.

Beliau berkata, sebanyak tujuh daerah tidak merekodkan kes baharu iaitu Beluran, Tongod, Tenom, Keningau, Tambunan, Nabawan, dan Sipitang. Masidi berkata, empat kluster baharu direkodkan semalam membabitkan Kluster Taman Wawasan Beaufort; Jalan Budi Tawau; Kampung Bolong Baru Kota Belud-Tuaran; dan Hamparan ,Kinabatangan.

Kluster Kampung Bolong Baru-Tuaran, Kota Belud adalah kluster ekoran sambutan aidilfitri yang menular dalam komuniti dan tempat kerja.

Kluster Taman Wawasan – Beaufort, Papar, Kota Kinabalu direkodkan di Hospital Papar apabila ujian RT-PCR kluster indeks, lelaki, 66, disahkan positif pada 18 Mei 2021, setelah bergejala sejak 07 Mei 2021 namun tidak mendapatkan rawatan.

Saringan kontak pada 22 Mei 2021 mendapati dua (2) kes positif masing-masing di Klinik Kesihatan dan klinik swasta di Kota Kinabalu.

Kedua-dua kontak rapat ini terlibat dengan aktiviti kunjung-mengunjung semasa hari raya di Kampung Tarap Bongawan.

Manakala Kluster Jalan Budi, Tawau melibatkan individu yang dikesan negatif RT-PCR ketika menjalani saringan masuk ke Sabah pada 19 Mei 2021, namun disahkan positif dalam saringan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) pada 02 Jun 2021.

Kes indeks merupakan wanita, 37, pekerja salon kecantikan di Johor mula bergejala pada 30 Mei 2021, sebelum didapati positif pada 2 Jun 2021.

Kini Petugas kesihatan masih giat menjalankan siasatan dan kawalan kesemua kluster terbabit katanya lagi.


RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya