HomeIsu tempatanTiada Keperluan Kelulusan MITI Bagi Pekerja Yang Merentas Daerah di Sabah

Tiada Keperluan Kelulusan MITI Bagi Pekerja Yang Merentas Daerah di Sabah

Read Time:50 Second

7 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (COVID-19) memutuskan tiada keperluan bagi mendapatkan kelulusan daripada MITI untuk rentas daerah bagi pekerja perkhidmatan perlu dan barangan perlu di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran beroperasi bagi perkhidmatan perlu dan barangan perlu adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Sabah dan pihak berkuasa tempatan.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (COVID-19) bertanggungjawab menyediakan tatacara prosedur operasi standard (SOP) umum khas untuk negeri Sabah yang telah diwartakan.

“Perincian bagi setiap aktiviti dan rantaiannya telah dikeluarkan oleh semua kementerian di negeri ini,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 Sabah berkata, pekerja yang terlibat masih perlu menyediakan surat majikan dan surat kebenaran rentas daerah daripada pihak polis seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, masa operasi beberapa sektor perniagaan dan perkhidmatan di negeri ini akan bermula seawal jam 6 pagi dan berkuatkuasa serta merta.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular