54,502 Buah Kenderaan Diperiksa Dalam SJR Di Sabah

0
1
SJR yang dilaksanakan di jalan Putatan Kota Kinabalu
test2
Read Time:1 Minute, 12 Second

7 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Polis Sabah telah memeriksa sebanyak 54,502 buah kenderaan menerusi 125 Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh Sabah.

Jurucakap rasmi COVID19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia adalah susulan keputusan kerajaan negeri yang menguatkuasakan larangan rentas daerah sebagai langkah membendung penularan COVID-19 semalam.

“Pemeriksaan lebih ketat oleh Polis menyebabkan pergerakan aliran trafik perlahan di kebanyakan jalan utama di negeri ini.

“Justeru itu, sebanyak 769 buah kenderaan juga telah di arah patah balik kerana membawa penumpang melebihi had ditetapkan dan tiada surat kebenaran,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berharap agar masyarakat dapat memahami pelaksanaan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Kawalan ketat tersebut adalah mengikut prosedur yang telah diwartakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah Akta 342, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),”katanya.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, sebanyak 109 kompaun atas kesalahan melanggar SOP telah dikeluarkan diseluruh Sabah.

Katanya daripada jumlah itu sebanyak 42 orang dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul dan 32 orang gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan.

“Bagi kesalahan keluar rumah tanpa alasan munasabah pula seramai 19 orang dikenakan kompaun; premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran seramai tiga orang dan lima orang atas kesalahan tiada penjarakan sosial.

“Manakala seramai empat orang pula dikenakan kompaun kerana membawa penumpang berlebihan dan empat lagi atas kesalahann merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here