HomeIsu tempatanHelmi, Insan Istimewa Terima Sumbangan Kerusi Roda

Helmi, Insan Istimewa Terima Sumbangan Kerusi Roda

Read Time:50 Second

7 Jun 2021

Normimie Diun

[email protected]

BEAUFORT: Kepayahan insan istimewa, Mohd Helmi Justin, 27, yang menghidap penyakit berkepala besar, atau dikenali sebagai Hydrocephalus iaitu lebihan cecair dalam otak sejurus selepas kelahirannya, mendapat perhatian dari Ahli Dewan Undangan Negeri  (DUN) Lumadan Ruslan Muharam.

Ruslan bersama Pengerusi Persatuan Kasih Masyarakat Sabah, Mohd Shafiq Mohd Bidin  tampil memberi sumbangan sebuah kerusi roda semasa menziarahi Helmi di rumahnya di Kg Luagan Sanginan, Daerah Beaufort kira-kira 110km dari Kota Kinabalu.

” Dengan adanya kerusi roda ini, ahli keluarga yang menjaganya dapat mengurus Helmi dengan lebih mudah seperti hendak memandikanya, memberi makan minum dan juga dapat membawanya bersiar-siar di halaman rumah,” kata Ruslan yang turut gembira semasa menyampaikan sumbangan tersebut.

Terserlah kegembiraan Helmi bersama keluarganya semasa beliau diletakkan di atas kerusi roda manakala Ruslan menyorong ke halaman rumahnya.

Ruslan juga berterima kasih kepada  Mohd Shafiq kerana memaklumkan mengenai kisah Helmi yang perlu dibantu, iaitu seorang yang kurang upaya sejak 27 tahun hanya terbaring dan tidak dapat berjalan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular