HomeIsu tempatanIkan Yu Yang Tular Bukan Dari Spesis Yang Terancam - Jeffrey Kitingan

Ikan Yu Yang Tular Bukan Dari Spesis Yang Terancam – Jeffrey Kitingan

Read Time:1 Minute, 51 Second

7 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah mengesahkan Ikan Yu yang dijual di sebuah pasar raya di sini merupakan spesis ikan yang tidak tersenarai sebagai spesis terancam.

Menterinya, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, jenis ikan itu dikenalpasti sebagai Yu Sirip Hitam Carcharhinus Sorrah dan Yu muncung panjang C Brevipinna.

“Ikan tersebut merupakan hasil tangkapan nelayan di negeri ini dan ia tidak disenaraikan sebagai spesis terancam sama ada di bawah Akta Perikanan 1985 (Akta 317) mahupun Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesis Terancam 2008 (Akta 686).

“Ini bermakna aktiviti seperti menangkap dan menjual spesis ikan tersebut adalah tidak salah di sisi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan disini petang ini.

Ikan Yu yang dijual secara terbuka tular di laman sosial

Dr Jeffrey berkata demikian ketika mengulas gambar yang tular di laman sosial dimana sebuah pasar raya menjual ikan yu secara terbuka.

Katanya, terdapat lebih daripada 150 spesis ikan yu dan pari di Malaysia dan hanya 12 spesis ikan yu disenaraikan di bawah Akta 317 manakala 64 spesis yang tersenarai di bawah Akta 686.

Diantara spesis ikan yu yang disenaraikan di bawah kedua-dua akta berkenaan adalah seperti yu paus dan yu tanduk (hammerhead shark) manakala bagi pari pula ialah seperti yu gergaji (sawfish) dan pari manta.

Bagi spesis di bawah Akta 317, eksploitasi seperti menangkap, memiliki, mengangkut, menjual, mengeksport, dan lain-lain adalah tidak dibenarkan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi spesis yang disenaraikan di bawah Akta 686, eksploitasinya hanya dihadkan di peringkat domestik sahaja (kecuali jika ianya disenaraikan juga di bawah Akta 317).

Dari segi kawalan perdagangan antarabangsa, Sabah tidak membenarkan eksport walaupun ke Semenanjung Malaysia, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebarang kesalahan di bawah akta ini boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Dr Jeffrey berkata, Jabatan Perikanan Sabah melalui Unit Penguatkuasaan akan terus melaksanakan pemeriksaan di pintu keluar masuk utama, rondaan ke atas operasi penangkapan ikan dan pemantauan di pasar-pasar ikan serta pasar raya secara berterusan.

“Ini bagi memastikan sumber ikan termasuklah ikan yu dan pari dapat diurus secara cekap,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular