Kesemua Pimpinan Utama Parti Politik Dijangka Mengadap Yang di-Pertuan Agong

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:46 Second

Kuala Lumpur : Sabah Media difahamkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dijangka akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin parti politik utama di negara ini pada 9-11 Jun 2021.

Sumber memberitahu Sabah Media pertemuan ini bukan melibatkan pimpinan semua parti tetapi hanya melibatkan pimpinan beberapa parti utama sahaja, termasuk BERSATU (PM).

Menurut sumber Sabah Media itu lagi tujuan pertemuan ini dilakukan pula bukanlah untuk membincangkan pembinaan semula negara tetapi adalah untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan maklum balas mereka ke atas usaha memerangi Covid 19 dan pemulihan ekonomi negara.

Tambahnya lagi Maklum balas ini adalah perlu bagi memberi pimpinan beberapa parti utama ruang untuk bersuara kerana Parlimen tidak bersidang sekali gus akan membolehkan Yang di-Pertuan Agong menyuarakannya dalam mesyuarat khas Majlis Raja-Raja pada 16 Jun ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *