HomeIsu tempatanRakyat Sabah Diseru Bantu Kerajaan Capai 'Herd Immunity'

Rakyat Sabah Diseru Bantu Kerajaan Capai ‘Herd Immunity’

Read Time:1 Minute, 11 Second

7 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

BEAUFORT: Pertubuhan Masyarakat Berpadu Sabah (BERPADU) menggesa rakyat khususnya di Sabah untuk membantu kerajaan dalam mencapai sasaran imuniti kelompok dengan mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19.

Pengerusi BERPADU, Mohammad Norizhuan Awang berkata, peratus rakyat negeri ini yang mendaftar sebagai penerima vaksin masih ditahap rendah dengan peratusan sebanyak 19.75 peratus melibatkan 579,309 orang .

“Setakat 5 Jun lalu, data yang dikeluarkan melalui laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 (JKJAV) mendapati masih ramai yang belum mendaftar sebagai penerima.

“Usah takut dan jangan terpengaruh dengan pelbagai hasutan daripada pihak tidak bertanggungjawab.  Kita perlu membantu kerajaan mencapai sasaran imuniti kelompok yang ditetapkan sebelum ini,”katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Katanya, pihaknya bercadang untuk mengadakan program pendaftaran penerimaan vaksin kepada penduduk setempat khususnya yang berada dikawasan pedalaman dan tidak mempunyai akses internet.

“Jika tidak ada halangan, pihak kami akan melaksanakan program pendaftaran untuk penduduk yang berada dipedalaman apabila keadaan sudah mengizinkan dan mendapat kebenaran dari pihak berwajib.

“Selain itu, kami juga dalam perancangan untuk menyediakan perkhidmatan kenderaan percumaan untuk membawa warga emas atau golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) selain golongan asnaf untuk ke Pusat Penerimaan Vaksin (PPV),”katanya.

Namun katanya, perancangan itu bergantung kepada kelulusan dan kebenaran pihak berwajib khususnya pihak polis.

Dalam pada itu, Mohammad Norizhuan berkata, kerajaan pusat mahupun negeri perlu lebih proaktif dalam memastikan rakyat Sabah yang telah mendaftar mendapat vaksinasi dengan segera.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular