HomeIsu tempatanSESB Pantau PPV COVID-19 Pastikan Bekalan Stabil

SESB Pantau PPV COVID-19 Pastikan Bekalan Stabil

Read Time:1 Minute, 36 Second

7 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan terus memantau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi memastikan bekalan ke pusat tersebut stabil dan tidak menjejaskan proses pemberian vaksin kepada orang awam.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, ‘Distribution Control Centre (DCC)’ akan menggunakan ‘flagging system’  ke atas semua feeder yang menyalurkan bekalan ke PPV.

“Ini bermaksud, jika terdapat sebarang aktiviti pada feeder berkenaan, DCC akan mengeluarkan amaran kepada pengurusan kawasan.

“Setakat ini, pemantauan ke semua lokasi penyimpanan vaksin COVID-19 adalah terkawal dari aspek teknikal dan operasi,”katanya dalam satu kenyataan disini kelmarin.

Abdul Nasser berkata, ia termasuklah penyediaan pelan kontigensi yang menyeluruh termasuk penyediaan pasukan tunggu-sedia dan generator bergerak.

Katanya, SESB juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi memastikan senarai terkini PPV diberikan kepada SESB.

“SESB juga telah mengarahkan pasukan teknikal di semua kawasan dan daerah untuk melakukan tinjauan ke setiap PPV bersama -sama dengan pemilik bangunan bagi memastikan beban elektrik di setiap bangunan termasuk pendawaian dalaman adalah dalam keadaan yang baik,” katanya.

Abdul Nasser berkata demikian ketika mengulas kejadian gangguan bekalan yang berlaku di Dewan Kebudayaan Penampang yang merupakan salah satu PPV pada petang Sabtu lalu.

Gangguan bekalan berlaku disebabkan oleh penutupan bekalan yang tidak dirancang berikutan kerja-kerja membaikpulih set alat pepasangan yang pecah pada talian atas 11kV.

“Kerja-kerja baikpulih tersebut harus dilaksanakan kerana feeder berkenaan telah terpelantik pada 3 Jun, 2021 pada jam 3.48 pagi sehingga 3.57 pagi dan hasil penganalisaan yang dibuat, sekiranya kejanggalan berkenaan tidak dibaiki dengan segera, gangguan yang lebih besar akan berlaku,” katanya.

Beliau menjelaskan atas faktor keselamatan, penutupan bekalan perlu dilakukan pada jam 4.00 petang untuk membolehkan anggota kerja SESB melaksanakan kerja-kerja baikpulih.

Kerja-kerja tersebut selesai pada jam 4.51 petang di mana bekalan disalurkan semula.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular