HomeUtama6 kluster Baharu, 305 kes dicatat Di Sabah hari ini

6 kluster Baharu, 305 kes dicatat Di Sabah hari ini

Read Time:3 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 46 kes iaitu daripada 259 kes kelmarin (05 Jun 2021) kepada 305 kes (06 Jun 2021) hari ini jelas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun

Katanya daripada 305 kes jangkitan baharu hari ini, 178 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 64 kes adalah daripada saringan kluster, 34 kes adalah daripada saringan bergejala, empat (4) kes daripada saringan bersasar dan 25 kes adalah daripada lain-lain kes..

Menurut Masidi lagi terdapat 11 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh (7) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala empat (4) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kudat 37 kes (+30), Kinabatangan 23 kes (+23), Kota Kinabalu 41 kes (+21) dan Tawau 72 kes (+14).

Menurutnya lagi 12 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Sembilan (9) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka manakala tiga (3) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Kota Marudu (-13), Sandakan (-12), dan Kunak (-12) katanya di dalam satu kenyataan media malam mini.

Dalam pada itu, menurut Masidi lagi terdapat 8 daerah yang tidak mencatatkan kes baharu jangkitan covid-19. Lapan daerah berkenaan ialah  Pada hari ini, lapan daerah  Beluran, Telupid, Tongod, Kota Marudu, Ranau, Sipitang, Tenom dan Tambunan.

” Perubahan angka untuk keseluruhan daerah-daerah di Sabah adalah tidak statik kecuali daerah yang mengekalkan status Zon Hijau. Daerah Kudat, Kinabatangan, Kota Kinabalu dan Tawau secara kumulatif menyumbang kepada 173 kes dengan pertambahan sebanyak 88 kes berbanding kelmarin. Peningkatan kes menandakan kebarangkalian terdapatnya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan” katanya lagi.

Sementara itu Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) memutuskan untuk menyeragamkan masa operasi perniagaan di seluruh Sabah di mana jadual baharu itu menyaksikan terdapat perniagan akan bermula dari jam 9 pagi ke 6 petang sementara pasar awam/ pasar harian kana beroperasi dari jam 6 pagi – 3 petang.

Menyentuh mengenai pemberian bakul makanan pula sejumlah 340,496 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang  terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 2.0.

JADUAL A PINDAAN MASA OPERASI PERNIAGAAN DI SABAH


BIL

JENIS PERNIAGAAN

MASA OPERASI
1
Restoran, cafe, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja, medan selera, kedai serbaneka, perkhidmatan penghantaran (delivery) makanan, pembelian makanan secara bawa pulang (take away) dan pandu laju (drive thru)

9.00 pagi hingga 6.00 petang
2
Pasar Awam / Pasar Harian

6.00 pagi hingga 3.00 petang
3
Premis-premis berikut DIBENARKAN beroperasi dengan memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan:

a. Kompleks membeli belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya , pasar raya besar dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah;
b. Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan kedai runcit serta departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja;
c. Restoran, gerai-gerai serta outlet makanan;
d. Dobi (termasuk layan diri);
e. Other Speciality Retail Store (stesen minyak) f. Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan; g. Kedai cermin mata dan barang optik;
h. Kedai hardware;
i. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat
ganti;
j. E-dagang (semua kategori produk);
k. Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja);
l. Kedai elektrik dan elektronik;
m. Kedai buku dan alat tulis;
n. Pusat pengedaran dan penjualan kereta;
o. Kedai peralatan sembahyang dan pengebumian;
p. Pusat khidmat cucian kereta; dan
q. Kedai menjual telefon, handphonedan membaiki telefon.

9.00 pagi hingga 6.00 petang
4PERDAGANGAN PENGEDARAN:
1. Kompleks membeli belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya , pasar raya besar dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah;
2. Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka,mini mart dan kedai runcit serta departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja;
3. Restoran, gerai-gerai serta outlet makanan; 4. Dobi (termasuk layan diri);
5. Other Speciality Retail Store (stesen minyak)
6. Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan;
7. Kedai cermin mata dan barang optik; 8. Kedai hardware;
9. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti;
10. E-dagang (semua kategori produk);
11. Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja);
12. Kedai elektrik dan elektronik;
13. Kedai buku dan alat tulis;
14. Pusat pengedaran dan penjualan kereta;
15. Kedai peralatan sembahyang dan pengebumian;
16. Pusat khidmat cucian kereta; dan
17. Kedai menjual telefon, handphone dan membaiki telefon.

9.00 pagi hingga 6.00 petang
RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya