HomeIsu tempatanMasyarakat KDRMS Muslim Raikan Kaamatan Secara Maya

Masyarakat KDRMS Muslim Raikan Kaamatan Secara Maya

Read Time:1 Minute, 17 Second

7 Jun 2021

KOTA KINABALU:  Walaupun sudah memeluk agama Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang muslim namun ia bukan penghalang bagi masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Sungai (KDMRS) terus menyambut pesta Kaamatan yang diadakan setiap tahun di negeri ini.

Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara, sambutan kali ini diadakan secara maya dan turut mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir 9,000 masyarakat KDMRS dan institut agama membabitkan 43 kawasan atau daerah seluruh negara menyertainya.

Menurut Pengerusi KDMRS Muslim, Nicholas Sylvester, sambutan ini ada objektifnya yang tersendiri terutama bagi masyarakat KDMRS di negeri ini.

“Antaranya adalah untuk memberi pengetahuan, kefahaman serta penghayatan aspek budaya Momogun Muslim yang selari dengan syariat Islam.

“Selain itu, kita mahu ketengahkan identiti patuh syariah masyarakat KDMRS muslim kepada masyarakat di Sabah dan Semenanjung,” katanya selepas menyertai sambutan perayaan Tadau Kaamatan Harmoni Om Aidilfitri Online 2021 KDRMS Muslim pada Sabtu lalu.

Katanya lagi, menerusi sambutan ini walaupun diadakan secara dalam talian ia turut mewujudkan jalinan hubungan persaudaraan antara masyarakat KDMRS dengan seluruh masyarakat majmuk.

“Kita juga mahu memberi kefahaman kepada masyarakat majmuk bahawa perayaan kebudayaan ini tetap boleh diraikan dalam batas-batas Islam.

“Secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat persahabatan, keharmonian dan kesejahteraan dalam hidup berbilang kaum di Sabah,” katanya.

Terdahulu, sambutan yang dianjurkan oleh KDMRS Muslim bersama Hidayah Centre Foundation turut mendapat kerjasama daripada Gabungan Dakwah Malaysia, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Turut hadir,  Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah merangkap Menteri Kewangan 2 Sabah, Datuk Masidi Manjun.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya