HomeUtama232 Kes Baharu COVID-19 Direkodkan di Sabah

232 Kes Baharu COVID-19 Direkodkan di Sabah

Read Time:34 Second

9 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan sebanyak 232 kes COVID-19 hari ini berbanding 350 kes semalam dengan penurunan sebanyak 118 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak dua kluster turut direkodkan hari ini melibatkan pekerja sebuah hotel di bandar raya dan kakitangan sebuah agensi kerajaan di Beaufort.

“Berdasarkan rekod, Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes sebanyak 39; Tawau (36); Tuaran (26); Penampang (25) dan Kota Belud (19).

“Manakala bagi Lahad Datu dan Kudat masing-masing merekodkan sebanyak 14 kes; Putatan  (11); Kalabakan dan Sandakan turut mencatatkan masing-masing sembilan kes,”katanya.

Beliau berkata demikian ringkas menerusi ciapan di twitter miliknya petang ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya