Seorang Lelaki Maut Langgar Kerbau

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

9 JUn 2021

Normimie Diun

[email protected]

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang melanggar seekor kerbau di Jalan Kionsom, Inanam dekat sini, semalam.(8 Jun 2021)

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan kejadian itu, berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku pada jam 7.35 malam, semasa mangsa Muhizan Shazry Simon,25, menunggang motosikal jenis Modenas Kriss bersendirian dari arah Inanam menuju ke rumah rakannya di Kampung Kionsom.

“Menurut keterangan saksi yang tiba awal di tempat kejadian, mendapati mangsa sudah terbaring dalam keadaan parah bersama motosikal yang ditunggang dan saksi turut melihat seekor kerbau yang cedera di tengah jalan namun kerbau itu telah beredar dari lokasi selepas kemalangan itu,” katanya.  

Mohd Zaidi berkata, “berikutan kejadian itu, mangsa berbangsa Dusun, berasal dari Kampung Poring, Ranau itu maut ditempat kejadian dan telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Likas.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 arahan SIO (T),”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *