Gaji Menteri dan Pembantu Menteri Di Sabah Dipotong 50 Peratus

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil keputusan melaksanakan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus membabitkan menteri dan pembantu menteri Sabah selama dua bulan berkuatkuasa bulan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan perkara demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri Sabah semalam.

“Selain menteri dan pembantu menteri, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut melepaskan 30 peratus daripada gaji mereka selama sebulan.

“Semua simpanan itu akan digunakan sebagai dana bagi membiayai pengurusan pandemic COVID-19 dan kerajaan GRS bersatu untuk terus bersama rakyat dalam menghadapi masa sukar ini,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 COVID-19 berjumlah RM120,469,481 juta dan tambahan RM34.4 juta untuk bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *