HomeIsu tempatanSembilan Sungai Di Kuala Penyu Perlu Penyelenggaraan Segera

Sembilan Sungai Di Kuala Penyu Perlu Penyelenggaraan Segera

Read Time:1 Minute, 19 Second

KUALA PENYU: Sembilan sungai di daerah ini dikenalpasti memerlukan penyelenggaraan segera bagi mengelak berlaku banjir kilat di beberapa buah kampung di sini.

Antara sungai terlibat ialah Sungai Kerukan, Sungai Menunggang, Sungai Kasugira; Sungai Melampai; Sungai Kilugus; Sungai Kelampung; Sungai Papas dan Sungai Ruyut.

Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Kuala Penyu Jonas Sunggim berkata, pihaknya meminta kerajaan untuk melaksanakan penyelenggaraan segera bagi membaik pulih keadaan sungai yang kini menjadi cetek akibat hakisan tanah.

“Saya bersama Penguasa Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Kuala Penyu, Patrick Vitalis telah membuat tinjaun ke beberapa sungai yang dikenalpasti perlu penyelenggaraan.

“Keadaan sungai yang terbiar itu mengakibatkan berlaku banjir kilat di beberapa buah kampung baru-baru ini,”katanya.

Jonas berkata, pihaknya sudah berbincang bersama JPS daerah agar mengemukakan cadangan terbaik kepada kerajaan agar keadaan sungai terlibat dapat diselenggara termasuk melebarkannya dan kerja pembersihan.

“Kita mencadangkan supaya kerajaan negeri dan persekutuan menyediakan peruntukan khas kepada jabatan berkenaan agar sungai terbabit dapat dipulihkan dan dapat berfungsi serta tidak menjadi punca bencana berlaku seperti banjir,”katanya.

Baru-baru ini, beberapa kampung di daerah ini dilanda banjir menyebabkan rumah penduduk ditenggalami air dan menimbulkan pelbagai kesulitan kepada mereka termasuk kerosakan dan kehilangan harta benda.

Jonas berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berulang lagi dan ia boleh dielakkan sekiranya keadaan sungai-sungai yang ada dapat dipulihkan semula bagi mengelak limpahan air dari kawasan sungai.

Katanya, beliau juga sudah memaklumkan masalah berkenaan kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Guandee Kohoi supaya ia dapat diambil tindakan kerajaan negeri dan persekutuan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular