HomeIsu tempatanMPWS Seru Ibu Tunggal Daftar Diri Di DEWI

MPWS Seru Ibu Tunggal Daftar Diri Di DEWI

Read Time:1 Minute, 28 Second

12 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) menyeru kepada semua ibu tunggal di negeri ini yang belum mendaftar di sistem Digital Elektronic Women Information (DEWI) untuk mendaftar maklumat diri di sistem berkenaan.

Pengerusi MPWS Datuk Dr Tarsiah Tz Taman berkata, mereka (ibu tunggal) juga perlu mengemaskini maklumat diri disistem berkenaan yang dahulunya dikenali sebagai WISE.

“Sistem yang dikendalikan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah ini adalah bagi tujuan memudahkan kerajaan mencapai atau mengesan mereka bagi tujuan pembangunan ibu tunggal.

“Selain itu, saya bagi pihak MPWS dan JHEWA juga turut mengalu-alukan wanita berasal daripada Sabah khususnya dalam bidang pengurusan dan professional untuk turut mendaftarkan diri dalam sistem ini,”katanya dalam kenyataan disini kelmarin.

Beliau berkata, ia juga turut bertujuan bagi merekodkan data maklumat kepimpinan wanita di negeri Sabah.

Dalam perkembangan lain, Dr Tarsiah berkata,pihaknya turut menyambut baik keprihatinan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas pengumuman Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 berjumlah RM154,835,981 juta.

“Saya difahamkan bantuan tersebut membabitkan bantuan tunai One-Off RM300 dan bakul makanan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh masyarakat dalam situasi pandemik yang masih menular ketika ini.

“Inisiatif ini dilihat tepat pada masanya memandangkan situasi ekonomi rakyat yang agak kurang memberangsangkan dan amat memerlukan sokongan kewangan pada ketika ini,”katanya.

Dr Tarsiah berkata, daripada jumlah BSP yang diumumkan, seramai 4,909 ibu tunggal akan menerima manfaat bantuan RM300 one-off berjumlah RM1,472,700 daripada kerajaan negeri.

“Saya yakin melalui bantuan ini ianya akan membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat ketika wabak pandemik ini.

“Perkara ini membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri tidak meminggirkan golongan rakyat yang berdepan dengan masalah kos sara hidup khususnya dalam menghadapi Pandemik COVID-19,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular