HomeUtama3 Lokaliti Tamat PKPD, 4 Lokaliti PKPD, 1 Kluster baru di Sabah

3 Lokaliti Tamat PKPD, 4 Lokaliti PKPD, 1 Kluster baru di Sabah

Read Time:2 Minute, 8 Second

11 Jun 2021

[email protected]

KOTA KINABALU:  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Tawau yang dijadualkan tamat esok 12 Jun 2021 iaitu di lokaliti, Kampung Pasir Putih Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung dan Kampung Baru Pasir Putih.

Jurucakap Rasmi Covid-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 3,109 ujian saringan dan 120 daripadanya disahkan positif COVID-19.

”KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala 

semua kes positif telah menerima rawatan,” kata Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, ”setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di tiga lokaliti dinyatakan pada 12 Jun 2021, seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan”.

Manakala PKPD membabitkan dua perkampungan dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Kampung Lobou 1, Kampung Bukit Permai.

KKM mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara apabila sebanyak 15 kes telah dikesan hasil daripada 20 ujian saringan dijalankan di kedua-dua perkampungan ini.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua perkampungan seperti dinyatakan berkuat kuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Berikutan PKPD di dua kawasan di Kampung Kadazan, Tawau, Sabah, sehingga kini, berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu apabila sebanyak 14 kes positif COVID-19 telah dilaporkan hasil daripada 45 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM dengan kadar positiviti 31.11%, manakala di Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut apabila sebanyak lapan (8) kes positif telah direkodkan dalam tempoh satu minggu. 

Oleh itu, kedua-dua lokaliti tersebut PKPD dilaksanakan berkuatkuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan.

Masidi berkata,”terdapat 1 kluster baru direkodkan iaitu Kluster Kopi Blues – Tawau melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Sri Tanjung daerah Tawau.

”Kes indeks merupakan suri rumah, 46, dari Kg Lorong Saddani, Batu 2 yang disahkan positif melalui saringan bergejala pada 09 Jun 2021 bersama anaknya.

” Siasatan awal mendapati semua kontak telah menghadiri perjumpaan di Kg Kopi Blues Batu 2, iaitu rumah keluarga mereka sempena majlis pengebumian dan tahlil pada 29 Mei 2021. 

“Aktiviti pengesanan kontak rapat dan mengenalpasti punca jangkitan sedang giat dijalankan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya