Sabah Lanjut PKP 3.0, Kekal SOP Sedia Ada

Read Time:36 Second

11 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Sabah turut melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi tempoh dua minggu lagi sehingga 28 Jun depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia selaras dengan perkara yang diumumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Seperti yang sedia maklum, pelanjutan PKP 3.0 akan dilanjutkan lagi untuk tempoh dua minggu sehingga 28 Jun depan di seluruh negara.

“Justeru, Sabah juga akan turut melaksanakan pelanjutan PKP 3.0 dimana negeri ini masih mencatatkan bilangan kes COVID-19 yang masih belum stabil,”katanya ketika dihubungi malam ini.

Masidi berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri ini masih dikekalkan seperti yang sebelum ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.