Misi Kemanusiaan ‘Total Lockdown’ Sasar 600 Keluarga Terjejas PKP

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 5 Second

12 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

BEAUFORT: Sebanyak hampir 600 keluarga disekitar Parlimen Beaufort dan Sipitang yang terjejas dan terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan akan dibantu melalui Misi Kemanusiaan ‘Total Lockdown’ BERPADU Sabah.

Misi kemanusiaan yang dilaksanakan Pertubuhan Masyarakat Berpadu Sabah (BERPADU) itu turut melancarkan tabung bantuan bagi mengumpul dana bagi membeli dan mengumpul Pek Makanan Asas untuk disumbangkan kepada penduduk terjejas.

Setiausaha Agung BERPADU Nurfasiha Masri berkata, bagi menjayakan misi ini, pihaknya akan membuka tabung bantuan sehingga penghujung bulan ini bagi membolehkan masyarakat menyalurkan sumbangan.

“Pek makanan asas ini akan merangkumi Beras, Tepung Gandum, Minyak Masak, Gula dan Garam dan akan diserahkan seawal penghujung bulan ini sekiranya dana dan barangan keperluan ini mencukupi.

“Penyumbang juga boleh menyerahkan sumbangan dalam bentuk barangan seperti yang dinyatakan dan boleh terus menghubungi kami untuk tujuan pengumpulan sumbangan,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Nurfasiha berkata, bantuan itu adalah bertujuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas selepas pelaksanaan PKP dan PKPD yang menyukarkan penduduk untuk keluar mencari sumber pendapatan.

“Justeru itu, kami tertarik hati untuk sama-sama membantu mereka ini dan turut mengajak semua untuk bersama membantu mereka ini bagi meringkan bebanan harian mereka,”katanya.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 014-3453452 atau  019-8098193 untuk keterangan lebih lanjut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *