HomeUtama335 Kes COVID-19 Di Sabah,Kekal Catat Angka Kes Tinggi

335 Kes COVID-19 Di Sabah,Kekal Catat Angka Kes Tinggi

Read Time:32 Second

13 Jun 2021
[email protected]

KOTA KINABALU : Kes COVID-19 di Sabah merekodkan sedikit penurunan kepada 335 kes hari ini berbanding 378 kes kelmarin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, meskipun merekodkan penurunan kes namun ia masih mencatatkan angka kes yang tinggi.

“Beberapa daerah di Pantai Barat Sabah merekodkan jumlah kes yang banyak melibatkan kluster sedia ada dan kontak rapat.

“Kota Kinabalu merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 49 kes; Tuaran 35; Papar 27; Penampang 21; Kota Belud 19; Kudat 19; Beaufort 18; Putatan 16; Lahad Datu 32 dan Tawau 21 kes,”katanya

Beliau berkata ringkas melalui ciapan di Twitter miliknya petang ini

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular