HomeIsu tempatanSTAR Hanya Lantik Peguam Sekiranya Ada Keperluan

STAR Hanya Lantik Peguam Sekiranya Ada Keperluan

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak pernah melantik mana-mana peguam bagi mewakili parti itu mengendalikan kes undang-undang.

Setiausaha Agung STAR Senator Datuk Guandee Kohoi berkata, pihaknya hanya akan melantik peguam pada masa akan datang sekiranya ada keperluan.

“Buat masa ini belum ada sebarang keperluan bagi melantik peguam untuk mengendalikan sebarang kes undang-undang.

“Sekiranya ada keperluan pada masa akan datang, barulah kami akan melantik peguam bagi tujuan itu,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Guandee berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya peguam yang mewakili bekas pemimpin STAR, Philip Among sebagai peguam yang dilantik parti itu.

Katanya, peguam yang mewakili Philip iaitu Marcell Jude hanyalah ahli STAR yang menyertai parti pada 26 Mei 2017 namun tidak pernah bergiat aktif dalam parti.

“Marcell ialah peguam yang dilantik oleh Philip bagi mengendalikan kes yang dikenakan kepada beliau dan tidak ada kena-mengena dengan parti.

“Kami meminta agar pihak tidak bertanggungjawab menghentikan sebaran palsu ini dan beliau (Marcell) bukan peguam yang dilantik STAR,”katanya.

Dalam pada itu, Guandee berkata, pihaknya juga turut meminta agar peguam berkenaan dapat memberi penjelasan bahawa kenyataan dan hujah pembelaan beliau adalah berlandasakan sebagai peguam yang dilantik Philip Among dan tidak kena mengena sebagai ahli parti.

“Parti melalui Lembaga Disiplin juga sedang mempertimbangkan untuk melucutkan keahlian beliau berdasarkan perlembagaan parti. 

“Ini kerana parti telah menerima pelbagai aduan serta saranan serta cadangan bagi membuang ahli parti yang mencemarkan nama baik parti,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya