HomeIsu tempatanMAFI Dan FAMA Sabah Laksana CSR Bantu Golongan Terjejas PKP

MAFI Dan FAMA Sabah Laksana CSR Bantu Golongan Terjejas PKP

Read Time:1 Minute, 36 Second

13 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah mengagihkan barangan makanan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Agihan yang dilaksanakan melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MAFI Prihatin dan FAMA Sabah itu turut mendapat kerjasama rakan strategik terdiri daripada Persatuan Penanam dan Pemborong Sayur Pantai Barat dan peserta ladang kontrak.

Pengarah FAMA Sabah Ribin Wahid berkata, program agihan itu adalah bertujuan bagi membantu meringankan beban golongan terkesan akibat pandemik COVID-19 khususnya yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan kawasan sekitarnya.

“Pada program CSR kali ini, MAFI bersama FAMA Sabah telah membantu mengagihkan bantuan barangan makanan yang disumbangkan sepenuhnya oleh rakan strategik kita dibeberapa kawasan yang dikenakan PKPD seperti Kampung Likas dan sekitarnya.

“Usaha seperti ini wajar dihargai dan dipihak kementerian dan FAMA Sabah khususnya, kita akan terus membantu dan menjadi pemudahcara bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan khususnya yang terjejas akibat pandemik,”katanya.

Ribin berkata, kesemua agihan sumbangan berkenaan diagihkan melalui jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebelum diagihkan kepada masjid-masjid berhampiran.

“Pihak kita telah menyampaikan agihan ini kepada jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan selepas itu mereka akan menyalurkan pula ke masjid berhampiran sebelum diserahkan kepada golongan yang terjejas dikawasan mereka,”katanya.

Antara masjid terlibat ialah Masjid Kampung Bangka-Bangka dan Masjid Jamek Likas.

Dalam perkembangan lain, Ribin berkata, dalam memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan FAMA kekal proaktif dan efisien pihaknya telah mewujudkan sebuah bilik gerakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bilik gerakan yang dinamakan sebagai ‘Crisis Management Centre (CMS)’ ini adalah bertujuan menjamin rantaian bekalan makanan dan sektor pertanian tidak terjejas.

“Bilik gerakan ini akan beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 7 malam dan sebarang pertanyaan berkaitan boleh terus menghubungi CMC FAMA Sabah melalui email [email protected],”katanya

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya