UMNO Sabah Serah Sumbangan Bantu Penduduk Labuan

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: UMNO Sabah hari ini menyerahkan sumbangan berupa bekalan makanan dan keperluan lain bagi penduduk Labuan yang berdepan dengan pandemik COVID-19 yang membimbangkan.

Penyerahan sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin yang mewakili Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin kepada Ketua Bahagian UMNO Beaufort Awang Aslee Lakat dalam satu majlis ringkas di sini hari ini.

Jafry berkata, UMNO Sabah mendoakan agar penduduk Labuan terus tabah dalam mendepani dugaan pandemik COVID-19 selain turut berharap agar cepat pulih seperti sediakala.

“UMNO Sabah juga menasihatkan agar penduduk Labuan untuk terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang diberikan pihak berkuasa agar wabak COVID-19 berjaya dikawal.

“Bantuan ini kita (UMNO Sabah) cuba untuk menyampaikan sendiri ke Labuan namun atas keselamatan pihak kita dinasihatkan agar menyerahkan saja kepada wakil,”katanya.

Jafry turut berkesempatan menghubungi Ketua UMNO Labuan Senator Datuk Bashir Alias  menggunakan aplikasi Zoom bagi bertanyakan situasi terkini di Labuan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.