HomeUtamaKerajaan Negeri Hargai Pihak Swasta Bantu Menjayakan PICK Di Sabah

Kerajaan Negeri Hargai Pihak Swasta Bantu Menjayakan PICK Di Sabah

Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menghargai penglibatan pihak swasta dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah dengan membenarkan fasiliti dan kakitangan digunakan untuk program berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bermula bulan ini beberapa hospital dan klinik swasta turut terlibat dalam pemberian vaksin kepada penduduk di Sabah.

“36 buah klinik swasta termasuk Hospital Gleneagles dan Rafflesia Medical Center di Sabah terlibat dalam PICK di Sabah manakala pengurusan Pacific Sutera juga telah membenarkan penggunaan fasiliti hotel untuk dijadikan PPV dan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan kerana memasukkan Sabah dalam pelaksanaan Program Imunisasi Industri COVID19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dalam Fasa Empat yang akan bermula Julai ini,” katanya.

Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang berkapasiti 3,500 orang sehari akan dijadikan sebagai PPV bagi PIKAS di Sabah untuk pemberian vaksin kepada pekerja industri, kilang dan perkhidmatan ekonomi (economic services) yang lain.

Sementara itu, Hajiji berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah memulakan Program Bergerak (mobile outreach) ke pedalaman melibatkan 26 pasukan iaitu satu pasukan untuk satu daerah bermula 18 Mei lalu.

Katanya, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut membantu menghantar pasukan perubatannya bagi memberi vaksin kepada penduduk di pedalaman negeri ini menerusi Program Jiwa Murni dan lokasi pertama bagi program ini akan dilaksanakan di Long Pasia.

“Saya turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Persatuan Pacuan Empat Roda (4WD) kerana membantu membawa vaksin dan pegawai perubatan ke kawasan pedalaman di negeri ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata, bekalan vaksin ke Sabah akan diterima setiap minggu dan mengikut perancangan pada bulan ini.

“Sabah akan menerima lebih banyak bekalan vaksin pada bulan Julai dan seterusnya membabitkan jenis bekalan vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

“Kerajaan negeri yakin program imunisasi di Sabah akan mencapai matlamat imuniti berkelompok mengikut jadual yang ditetapkan, dengan pelbagai usaha yang diambil termasuk penyediaan vaksin yang konsisten,”katanya.

Katanya yang turut agar berharap imuniti berkelompok dapat dicapai pada akhir tahun ini sekali gus mengekang penularan COVID-19.

Berhubung pendaftaran penerima vaksin, seramai 670.282 orang atau 22.9 peratus penduduk di Sabah telah mendaftar untuk vaksinasi sehingga Ahad lalu.

Program Jangkau Luar Komuniti untuk mendaftar penduduk sebagai penerima vaksin COVID-19 diketuai oleh Jabatan Penerangan Sabah bersama jabatan/agensi Negeri dan Persekutuan telah digerakkan dan dipertingkatkan bagi memastikan lebih ramai penduduk pedalaman, mendaftar.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya