HomeUtamaKerajaan Sabah Buka Lebih Banyak PPV Tingkat Jumlah Penerimaan Vaksin

Kerajaan Sabah Buka Lebih Banyak PPV Tingkat Jumlah Penerimaan Vaksin

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Seramai 249,945 atau 8.5 peratus daripada 2,932,700 penduduk Sabah yang disasarkan di negeri ini telah menerima dos pertama vaksin sejak pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan penghujung Februari lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan terus memperhebat strategi termasuk membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan pendaftaran jangkau luar komuniti bagi meningkatkan jumlah penerimaan vaksin di Sabah.

“Sehingga Ahad lalu, seramai 249,945 atau 8.5 peratus penduduk Sabah sudah menerima dos pertama sejak pelaksanaan PICK.  Kadar semasa penerima vaksin pula adalah 13,000 sehari dan bermula 1 Julai depan, kadar vaksin harian yang disasarkan adalah 30,000 orang sehari.

“Pelbagai usaha juga sedang dilakukan untuk meningkatkan jumlah penduduk menerima vaksin seperti membuka lebih banyak PPV. Ini termasuklah PPV Wisma Wanita, iaitu salah satu daripada 16 PPV awam yang dibuka pada bulan ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke PPV Wisma Wanita disini hari ini.

Hajiji berkata, ketika ini sebanyak 72 fasiliti kesihatan dan 23 PPV awam beroperasi bagi membantu PICK yang giat dilaksanakan serta mula diperluaskan kepada penduduk Sabah berusia 18 tahun ke atas.

Katanya, dengan kapasiti 400 orang setiap hari, PPV Wisma Wanita yang mula beroperasi kelmarin yang digunakan bagi pemberian vaksin kepada penjawat awam negeri dan persekutuan yang bertugas di Kota Kinabalu serta penduduk setempat.

“Keutamaan akan diberikan kepada kakitangan perkhidmatan awam yang sentiasa berada di lapangan dan bertemu orang ramai seperti pemandu, penghantar barang, pegawai kaunter dan anggota polis, Jabatan Air, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendidikan.

“Seramai 20,549 penjawat awam negeri di seluruh Sabah manakala 107,172 pula adalah penjawat awam Persekutuan. Bagi penjawat awam yang bertugas di daerah, mereka akan menerima vaksin di PPV sedia ada di kawasan masing-masing,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata, Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga telah membuka PPV dengan kapasiti 1,000 orang setiap hari bermula kelmarin bagi memenuhi keperluan pensyarah dan pelajar universiti serta penduduk berhampiran.

Katanya, beberapa PPV awam lain juga akan mula beroperasi pada bulan ini antaranya PPV Dewan Masyarakat Menggatal, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Dewan Serbaguna Libaran, Dewan Institut Pendidikan Guru (IPG) Balung, di Tawau.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya