2 Tamat PKPD, 5 PKPD, 1 Kluster Baharu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Dua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan esok 17 Jun 2021 iaitu Mukim Pekan, Kunak dan Sekolah Menengah Ugama Pantai Manis, Papar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan medianya hari ini, Penamatan dua kawasan PKPD tersebut adalah berdasarkan penurunan kes jangkitan Covid-19 di kawasan itu.

Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah berkata, kerajaan akan melaksanakan lima lagi PKPD termasuklah Kampung Bukit Gemuk, Tawau, Perumahan Etara, Jalan Agaseh, Lahad Datu, Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau, manakala dua lokaliti di Kudat iaitu Kampung Landung Ayang dan Taman Lavender.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan ke semua kawasan tersebut terdapat peningkatan kes positif Covid-19, kini KKM sedang giat menjalankan siasatan dan pemantauan supaya kes jangkitan tidak menular,” katanya.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan tersebut berkuatkuasa 18 Jun 2021 sehingga 1 Julai 2021.

Dalam hal yang berkaitan terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Kionsom Kecil, Kota Kinabalu melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti yang berkemungkinan berpunca daripada sambutan Hari Kaamatan pada 31 Mei 2021.

Kata Masidi, kluster ini mula dikesan melalui saringan bergejala di JMC Kota Kinabalu pada 09 Jun 2021.

Kes indeks merupakan pekerja lelaki, 31, di Jijiko Engineering Sdn Bhd Inanam dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut dan isolasi, selepas disahkan positif RT-PCR.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *