COVID-19: Kes Pulih Lebih Tinggi Banding Jangkitan Baharu Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan kes pulih sepenuhnya lebih tinggi berbanding kes baharu COVID-19 untuk tempoh beberapa hari berturut-turut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 226 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di Sabah 63,751 kes.

“Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah terus mencatatkan penurunan sebanyak 46 kes iaitu daripada 230 kes semalam kepada 184 kes pada hari ini.

“Daripada jumlah kes jangkitan baharu, 106 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 49 kes adalah daripada saringan kluster, 18 kes adalah daripada saringan bergejala, dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, sebanyak 10 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes dimana sebanyak tujuh daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala tiga daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu, Kudat (-41), Beaufort (-14) dan Kota Belud (-13).

Katanya. walaubagaimanapun, Sembilan daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala dua lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Kota Kinabalu 60 kes (+11) dan Kunak 15 kes (+10)

“Jumlah kes bagi Kota Kinabalu pula adalah sebanyak 27 kes dicatatkan dari Kluster Kionsom Kecil.

“Pada hari ini juga, 10 daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Tongod, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan. Sehingga kini, Kluster Ocean Blue secara kumulatif telah mencatat 181 kes berbanding dengan 185 orang yang telah disaring,”katanya,

Dalam pada itu, Masidi berkata, angka kes pada hari ini menunjukkan trend penurunan setelah beberapa hari berada di atas paras 200 kes jangkitan baharu harian.

Tambahnya, trend perubahan angka bagi daerah bukan Zon Hijau adalah tidak statik dan hanya satu Zon Hijau yang berjaya dikekalkan, menunjukkan bahawa terdapat trend kebarangkalian masih berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *