HomeUtamaSebanyak 24.4 Peratus Daftar Vaksin Di Sabah

Sebanyak 24.4 Peratus Daftar Vaksin Di Sabah

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,842 pendaftaran baharu bagi penerima vaksin COVID-19 direkodkan hari ini di Sabah menjadikan peratusan pendaftaran bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini adalah sebanyak 24.4 peratus.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah pendaftaran baharu itu menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar adalah sebanyak 673,563.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 601,736 mendaftar melalui MySejahtera; 71,580 mendaftar melalui laman web dan 247 lagi penndaftaran dilakukan melalui talian vaksinasi.

“Berdasarkan statistik, seramai 203,758 orang telah mendapat dos pertama suntikan menerusi PICK pada fasa kedua termasuk 12,374 orang pada hari ini,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, bagi suntikan dos kedua fasa dua pula, seramai 4,118 orang telah menerima suntikan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,001 orang.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya