HomeUtamaUMNO Sabah Sambut Baik Titah Agong Perkenan Parlimen Bersidang Dalam Tempoh Darurat

UMNO Sabah Sambut Baik Titah Agong Perkenan Parlimen Bersidang Dalam Tempoh Darurat

Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyambut baik titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, perkenan membenarkan Parlimen bersidang dalam tempoh darurat membuktikan Baginda sebagai Ketua Negara telah meletakkan sistem demokrasi berparlimen pada tahap yang tinggi sekali gus mengutamakan prinsip keluhuran perlembagaan.

“Keputusan ini membuktikan Tuanku mengutamakan prinsip keluruhan Perlembagaan dan ini selari dengan hasrat memelihara peranan ‘semak dan imbang’ yang dimainkan oleh ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat dan Negara.

“Sudah pasti, keputusan ini dibuat setelah Tuanku memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik; Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung keputusan perbincangan khas Majlis Raja-Raja Melayu petang tadi yang membuat keputusan persidangan Parlimen boleh dilakukan dalam tempoh darurat .

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, keputusan ini membuktikan bahawa Tuanku mengutamakan prinsip keluhuran perlembagaan dan setiap cabang sistem demokrasi negara perlu akur kepada prinsip itu, termasuk Kerajaan Malaysia (Eksekutif).

“Justeru itu, saya meminta agar semua ahli Parlimen tidak kiralah dari pihak kerajaan mahupun pembangkang  mengambil ruang dan peluang ini untuk kembali bersidang.

“Bahaskanlah secara serius serta objektif untuk mencari  jalan keluar dari segala kemelut ekonomi dan kesihatan awam yang sedang kita hadapi ini,”katanya.

Sementara itu, Bung berkata, ini adalah peluang untuk semua Ahli Parimen membuktikan serta mengembalikan kekuatan Parlimen sebagai medan sebenar suara rakyat di peringkat akar umbi yang ketika ini berhadapan pelbagai cabaran.

Katanya, ia termasuklah suasana getir masalah kesihatan khususnya penularan pandemik COVID-19 yang melanda negara juga masalah ekonomi negara yang semakin terjejas ketika ini.

“Hentikanlah segala pergesaran ideologi politik dan perebutan kuasa bagi mencari jalan keluar dari segala kemelut yang dihadapi ketika ini tanpa mengheret rakyat yang sekian lama terbeban dengan situasi yang melanda negara ketika ini.

“Saya secara peribadi menjunjung setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini dan menzahirkan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong ini dan berharap demokrasi berparlimen negara akan terus matang dan rakyat akan mendapat manfaat yang sewajarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat terapung ditemui di sungai Kg Iban Merotai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular