HomeUtamaPengusaha, pengilang beras beroperasi 24 jam, kapasiti penuh

Pengusaha, pengilang beras beroperasi 24 jam, kapasiti penuh

Read Time:1 Minute, 19 Second

SABAK BERNAM – Pengusaha padi dan pengilang beras dibenarkan melanjutkan operasi kepada 24 jam dengan kapasiti tenaga kerja berada pada tahap maksimum iaitu sebanyak 100 peratus.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, ini merangkumi lapan aktiviti iaitu penanaman, pembajakan dan penuaian padi; penyelenggaraan sawah dan perparitan; penggunaan drone bagi tujuan penaburan benih dan kawalan penyakit serta pengedaran input pertanian seperti baja, benih padi kepada pesawah.

Katanya, aktiviti lain adalah melibatkan pengoperasian kilang benih padi, beras, pembungkus beras dan pemprosesan produk berasaskan beras selain pengedaran dan logistik.

“Ini merupakan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) susulan kepada pengumuman lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Langkah ini berikutan kementerian perlu memastikan aktiviti pengeluaran padi dan beras negara tidak terjejas dalam tempoh pelaksanaan PKP 3.0 sekaligus menjamin kecukupan stok beras negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau meninjau kawasan tanaman padi yang terlibat masalah serangan serangga perosak membabitkan tanaman padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor meliputi kawasan Panchang Bedena dan Bagan Terap dan Sungai Panjang di sini.

Serangan ulat pengorek batang dan ulat gulung daun itu telah berlaku pertengahan bulan lalu melibatkan kawasan seluas 6,632.4 hektar sawah padi atau hampir 98 peratus daripada luas keseluruhan iaitu 6,805.2 hektar kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Ronald memberitahu, kementeriannya menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi akan menyalurkan bantuan kepada pesawah terjejas akibat serangan makhluk perosak ini tertakluk kepada penilaian oleh jawatankuasa yang telah ditetapkan.

“Kita juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang telah menyumbang sebanyak RM1.05 juta bagi membantu kawalan serangan serangga itu,” jelasnya

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya