HomeUtamaSTAR Sabah Junjung Kasih Dan Sokong Pandangan Agong

STAR Sabah Junjung Kasih Dan Sokong Pandangan Agong

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menjunjung kasih dan menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Beliau berkata, titah Seri Paduka itu jelas membuktikan kebijaksanaan serta keprihatinan baginda dan Raja-Raja Melayu terhadap keresahan rakyat mengenai pelbagai krisis yang melanda negara.

“Ya, kita semua mahu Parlimen dibuka segera agar persidangan dapat dilaksanakan secepat mungkin agar semua ahli Parlimen dapat membahaskan isu berkaitan negara termasuk masalah rakyat.

“Namun kesesuaian untuk Parlimen dibuka juga perlu dilihat dan ianya boleh dibuka apabila keadaan selamat,”katanya.

Dalam Persidangan Raja-Raja Melayu petang kelmarin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

Perjumpaan itu dihadiri oleh Sultan Terengganu, Sultan Selangor, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Johor, Sultan Perak, Sultan Kedah, Pemangku Raja Pahang dan Raja Perlis yang diwakili oleh Raja Muda Perlis.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular