HomeIsu tempatanBanjir Kilat di Beberapa Kawasan Selepas Hujan Lebat Hampir 4 Jam

Banjir Kilat di Beberapa Kawasan Selepas Hujan Lebat Hampir 4 Jam

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kredit: Utusan Borneo


KOTA KINABALU: Hujan lebat bermula jam 2 petang menyebabkan beberapa kawasan termasuk jalan utama dan lokasi tumpuan ramai digenangi banjir.

Kira-kira jam 4 petang banjir kilat mula melanda sekitar Jalan Sulaman berhampiran pusat beli belah 1 Borneo , Jalan Lintas, Jalan Tuaran Lama, Batu 7 Inanam dan beberapa laluan utama di Penampang.

Laluan di beberapa jalan utama turut terganggu berikutan tidak dapat dilalui berikutan paras banjir yang semakin dalam menyukarkan pergerakan terutama kepada kenderaan kecil.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas semasa dihubungi berkata pihaknya mendapat beberapa panggilan kecemasan daripada pengguna jalan yang terperangkap di dalam banjir.

“Sembilan anggota digegaskan ke lokasi menggunakan jentera serta pasukan EMRS dan saya difahamkan pasukan kita sedang berusaha untuk masuk ke lokasi di Jalan Kilang berhampiran Sabah International Dairies untuk melaksanakan operasi penyelamatan.

“Pasukan bomba turut menerima panggilan daripada individu yang tinggal dirumah kontena di Kolombang kerana gusar jika terperangkap di dalam banjir, bagaimanapun kita mendapat panggilan kedua yang memaklumkan paras banjir semakin surut,” katanya.

Sementara itu jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang semasa dihubungi berkata pihaknya belum menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan banjir daripada penduduk di daerah terbabit.

Katanya hanya satu panggilan diterima jam 4.54 petang membabitkan pokok tumbang di laluan Jalan Nobunsu menuju ke Pogun Tagazo.

Tambahnya sembilan pasukan bomba yang bergegas ke lokasi melakukan operasi memotong pokok tumbang yang menghalang lalulintas.

“Pasukan bomba kini sentiasa bersiap sedia untuk melaksanakan sebarang operasi termasuk kecemasan jika diperlukan,” katanya.


Gambar situasi banjir yang sempat dikongsikan oleh netizen. (Kredit gambar netizen).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peranan persatuan penting galakkan pendermaan darah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular