HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Ditempat Kerja Dikesan Di Sabah

COVID-19 : Kluster Ditempat Kerja Dikesan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Sabah hari ini merekodkan satu kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Pintas – Lingkudau – Keningau, Tambunan melibatkan jangkitan dari seorang pegawai eksekutif di syarikat bekalan elektrik di Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks seorang wanita berusia 34 tahun itu disahkan positif ujian RTK-Ag melalui saringan bergejala di Poliklinik TMC, pada 15 Jun lalu.

“Kluster ini merupakan kluster di tempat kerja yang melibatkan Mukim Lingkudau, Luagan dan Patikang di Daerah Keningau dan Mukim Sunsuron di Daerah Tambunan.

“Susulan kes itu, saringan kontak yang dijalankan terhadap 82 individu berjaya mengesan dua kes positif RTK-Ag dalam kalangan kontak rapat di tempat kerja oleh Pusat Saringan PKS IPG Keningau pada 16 Jun lalu,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi berkata, pada hari berikutnya, enam lagi kes positif dilaporkan merangkumi satu kes hasil saringan kontak rapat di Poliklinik TMC dan lima kes positif kontak rapat melalui aktiviti lapangan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau.

Katanya, turut dikesan, satu kes positif RTK-Ag yang dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Tambunan pada hari yang sama, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 10 kes.

“Berdasarkan maklumat, ruang tempat kerja yang sempit dipercayai menjadi punca penularan jangkitan. Aktiviti pengesanan dan saringan kontak rapat serta penyiasatan punca penularan masih giat dijalankan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya