COVID-19 : 3 PKPD Dikenakan, 5 Lagi Lokaliti Ditamatkan Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di tiga kawasan di Sabah selama dua minggu bermula Isnin ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara kawasan terlibat ialah Kampung Nelayan Batu 10 Sandakan; Fasa Satu dan Dua Taman Digot Penampang dan Kampung Rancangan Silabukan Peringkat Empat Lahad Datu.

“PKPD di Kampung Nelayan Batu 10 Sandakan perlu menjalani perintah itu selepas 19 kes positif direkodkan hasil daripada 29 orang yang disaring dengan kadar positiviti 65.51 peratus.

“Bagi PKPD di Fasa Satu dan Dua Taman Digot Penampang pula sebanyak lapan kes positif telah dikesan hasil saringan dilaukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokaliti tersebut,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 Sabah berkata, bagi kawasan PKPD Kampung Rancangan Silabukan Peringkat Empat Lahad Datu sehingga kini telah mencatatkan sebanyak lapan kes positif hasil daripada 40 ujian saringan yang dilakukan KKM.

“Justeru itu, kerajaan negeri bersetuju melaksanakan PKPD di semua kawasan ini bermula Isnin ini sehingga 4 Julai depan selaras dengan keputusan kerajaan pusat,”katanya.

Dalam perkembangan sama, Masidi berkata, sebanyak tiga kawasan yang sebelum ini dikenakan PKPD akan ditamatkan mengikut jadual selepas KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

“Antara kawasan yang ditamatkan PKPD adalah Felda Umas 4 Kalabakan (tamat pada 20 Jun); Kampung Tanjung Batu Darat Tawau (19 Jun) dan tiga perkampungan di Tawau iaitu Kampung Blok 31; Kampung Sentosa Blok 5 Hilltop dan Kampung Bukit Kukusan Tanjung Batu yang akan tamat pada 19 Jun,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *