HomeUtamaCOVID-19: Satu Kes Kematian, Tiada Kluster Baharu di Sabah

COVID-19: Satu Kes Kematian, Tiada Kluster Baharu di Sabah

Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif Covid-19 di Sabah mencatatkan peningkatan dua kes iaitu daripada 199 kes semalam (18 Jun 2021) kepada 201 kes (19 Jun 2021) dan terdapat satu kes kematian direkodkan hari ini di daerah Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 201 kes jangkitan baharu hari ini, 109 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 35 kes adalah daripada saringan kluster, 17 kes adalah daripada saringan bergejala, 30 kes daripada saringan bersasar dan 10 kes adalah daripada lain-lain kes.

“10 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lima daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala lima lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Kudat 38 kes (+25), Sandakan 26 kes (+20), Kunak 22 kes (+19), Tuaran 10 kes (+10) dan Keningau 15 kes (+10),”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah dalam kenyataan medianya.

Katanya, dua daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Tongod lapan kes dan Tambunan satu kes kekal sebagaimana jumlah kes semalam.

Walau bagaimanapun, 10 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes.

Lima daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala lima daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kinabatangan (-23), Tawau (-15), Kota Kinabalu (-13), Nabawan (-12) dan Putatan (-11).

Tujuh daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Pitas, Ranau, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang dan Tenom.

Masidi berkata, pada keseluruhan data hari ini ialah 10 daerah mencatatkan kenaikan kes, 10 daerah mencatatkan penurunan kes, tujuh daerah kekal sebagaimana catatan hari kelmarin (termasuk daerah dengan catatan sifar kes), tujuh daerah mencatatkan sifar kes, satu daerah kekal sebagai Zon Hijau (Beluran), dan tiga kluster merekodkan catatan kes yang agak aktif iaitu Kluster Kampung Baru Bolong enam kes, Kluster Coral enam kes serta Kluster Agaseh empat kes.

Dengan jumlah catatan sebanyak 109 kes daripada Saringan Kontak Rapat, perubahan angka yang tidak statik serta hanya satu daerah Zon Hijau, dapat disimpulkan terdapat kebarangkalian tinggi bahawa masih berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak
kerajaan.

Masidi menyeru kepada orang ramai untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Sementara itu, tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular