HomeIsu tempatanDBKK Selaras Sumbangan Bagi Kawasan PKPD

DBKK Selaras Sumbangan Bagi Kawasan PKPD

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menyelaras semua sumbangan barangan makanan dan keperluan harian bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) khususnya di daerah ini.

Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, ia adalah bertujuan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan virus COVID-19 dengan meminimakan pergerakan keluar masuk orang luar ke kawasan PKPD.

“Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kawasan dalam Bandaraya Kota Kinabalu yang diistiharkan sebagai kawasan pelaksanaan PKPD.

“Dalam pada itu, pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Kinabalu banyak menerima permohonan sumbangan barangan makanan dan keperluan harian daripada pelbagai pihak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) dan para wakil rakyat,”katanya dalam kenyataan disini petang ini.

Junainah berkata, berdasarkan prosedur standard operasi (SOP) bagi kawasan PKPD, semua sumbangan tersebut akan diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Kinabalu.

Katanya, sumbangan yang diterima PKOB kemudiannya akan diedarkan kepada penduduk terkesan oleh anggota Penguatkuasa DBKK

“Ini juga adalah bagi meminimakan pergerakan penduduk yang terlibat dimana kes menunjukkan trend peningkatan setiap hari .

“Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua pihak untuk menghubungi PKOB Daerah Kota Kinabalu melalui talian telefon 088-210011 untuk sebarang pertanyaan atau penerangan lanjut berhubung perkara ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya