HomeUtamaCOVID-19 : 2 Kematian Direkodkan, 163 Kes Baharu Di Sabah

COVID-19 : 2 Kematian Direkodkan, 163 Kes Baharu Di Sabah

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Dua kes kematian dilaporkan di Sabah hari ini disebabkan oleh COVID-19 manakala kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 241 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negeri ini sebanyak 64,973 orang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kes kematian yang direkodkan di Sabah adalah di Sandakan dan satu lagi di Semporna.

“Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 38 kes iaitu daripada 201 kes semalam kepada 163 kes hari ini. Daripada 163 kes jangkitan baharu hari ini, 95 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat.

“37 kes adalah daripada saringan kluster, 13 kes adalah daripada saringan bergejala, 13 kes daripada saringan bersasar dan lima (5) kes adalah daripada lain-lain kes,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, sebanyak 12 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes iaitu 10 daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala dua daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Sandakan (-24) dan Kudat (-23).

“Walau bagaimanapun, enam daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lima daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala satu lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Tawau 37 kes (+33).

“Tiga daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Kunak (22 kes), Semporna tiga kes dan Kota Marudu dua kes kekal sebagaimana jumlah kes kelmarin,”katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, pada hari ini, sebanyak 12 daerah mencatatkan sifar  kes iaitu Beluran, Telupid,Tongod, Pitas, Kota Belud, Ranau,Putatan, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya