PKPD: 5 Baharu, 1 Lanjut, 6 Tamat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan iaitu Kampung Skim Pamalan, Keningau, Kampung Jaya Baru, Kunak, Taman Wijaya Park, Kota Kinabalu, Kampung Serudung Baru, Tawau dan Ladang Brumas, Kalabakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media hari ini (20 Jun 2021), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes lima kawasan tersebut dan setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Skim Pamalan, Keningau, Kampung Jaya Baru, Kunak, Taman Wijaya Park, Kota Kinabalu, Kampung Serudung Baru, Tawau dan Ladang Brumas, Kalabakan, bermula 22 Jun 2021 sehingga 5 Julai 2021.

Manakala satu PKPD dilanjutkan iaitu di Kampung Pulutan, Nabawan.

“Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kampung Pulutan, Nabawan, Sabah yang dijadualkan tamat pada 21 Jun 2021 tetapi KKM mengesahkan masih terdapat penularan berterusan dikalangan penduduk di dalam kawasan PKPD serta masih terdapat
jangkitan baharu yang direkodkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di Kampung Pulutan, Nabawan, Sabah berkuat kuasa 22 Jun sehingga 5 Julai 2021,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Dalam pada itu, enam kawasan Penamatan PKPD iaitu Kampung Murni C, Nabawan, Dua Perkampungan di Kota Belud termasuk Kampung Tamalang dan Kampung Tuguson, Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, Tawau, Apartment Taman Permata, Sandakan dan Kampung Ongkilan, Kota Marudu.

KKM mengesahkan penurunan kes di kawasan-kawasan penamatan PKPD tersebut dan kluster adalah terkawal jesteru itu Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di lima kawasan pada 21 Jun 2021 (jam 11.59 malam) seperti yang dijadualkan kecuali Apartment Taman Permata, Sandakan penamatan PKPD pada pada 20 Jun 2021 (jam 11.59 malam), seperti yang dijadualkan.

“KKM merekodkan dua kluster baru hari ini iaitu Kluster Jalan Bundusan, Penampang melibatkan para pekerja di kilang pemprosesan makanan di Penampang dan Kluster Kg Nelayan Tengah, Sandakan berkait rapat dengan penganjuran majlis doa selamat pada 13 Jun 2021 di kampung terbabit.

“Aktiviti pengesanan kontak rapat kluster-kluster, saringan dan siasatan lanjut masih giat dijalankan,” tambah Masidi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *