HomeUtamaSelenggara Sistem Perparitan Elak Banjir Berlaku

Selenggara Sistem Perparitan Elak Banjir Berlaku

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah meminta laporan lengkap berhubung kejadian banjir di sekitar bandaraya dan daerah berhampiran yang berlaku Jumaat lalu termasuk keadaan perparitan di daerah lain yang sering dilanda banjir.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, pihaknya juga telah meminta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberi taklimat selain memberi penerangan bagaimana jabatan itu dapat meminimumkan kejadian banjir pada masa akan datang.

“Jika diperhatikan banyak kawasan khususnya yang membabitkan sistem saliran tidak diselenggara dengan baik dan terlalu banyak sampah dibuang ke dalam longkang.

“Rakyat perlu bersama-sama mempunyai rasa tanggungjawab bagi memastikan sampah tidak dibuang kedalam longkang selain perlu memastikan pihak yang dilantik bagi tujuan pembersihan menjalankan tugas dengan betul,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Dr Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah turut meminta masyarakat khususnya dikawasan rendah agar lebih berwaspada dan berhati-hati berikutan cuaca yang tidak menentu pada masa ini selain kejadian hujan lebat yang kerap berlaku.

Katanya, sistem ramalan banjir yang lebih efektif dilihat perlu bagi memberikan amaran banjir awal kepada masyarakat selain memberi peluang peluang kepada yang terlibat bersiap sedia serta menyelamatkan nyawa dan harta benda lebih awal.

“Sayangnya, saat ini tidak ada solusi cepat untuk menyelesaikan masalah banjir. Kita hanya dapat mencari cara untuk meminimumkannya sementara kerajaan berusaha membina Likas Barrage,”katanya.

Kejadian banjir pada Jumaat lalu berikutan hujan lebat yang berlaku lebih dari lapan jam selain air pasang.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular