HomeIsu tempatanE-Hailing,Teksi Dan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Dibenarkan Rentas Daerah Di Kota Kinabalu, Putatan...

E-Hailing,Teksi Dan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Dibenarkan Rentas Daerah Di Kota Kinabalu, Putatan Dan Penampang

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU:  Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri COVID-19 memutuskan untuk membenarkan rentas daerah kepada perkhidmatan e-hailing, teksi yang berdaftar dengan e-hailing dan perkhidmatan penghantaran makanan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran itu hanya meliputi daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang.

“Kebenaran merentas daerah meliputi tiga daerah itu berkuatkuasa 23 Jun iaitu esok tanpa perlu kebenaran rentas daerah daripada Polis.

“Kebenaran ini diberikan kepada pemandu e-hailing dan teksi yang berdaftar dengan e-hailing mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi memenuhi keperluan masyarakat,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, masa operasi yang dibenarkan adalah bermula jam 6.00 pagi hingga jam 8.00 malam setiap hari.

“Had kapasiti adalah seorang penumpang sahaja kecuali tujuan perubatan atau kecemasan dengan had maksimum dua orang penumpang,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular