PKPD: 2 Baharu, 1 Lanjut, 5 Tamat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Kunak, Sabah yang melibatkan Kampung Pangi Hujung dan Kampung JKR Lama berkuat kuasa pada 24 Jun sehingga 7 Julai 2021 kerana terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di lokaliti tersebut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

“Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kebayau, Kota Belud, Sabah yang dijadualkan tamat pada 23 Jun 2021.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kawasan tersebut terdapat peningkatan kes Covid-19, Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Kebayau, Kota Belud, Sabah bermula 24 Jun sehingga 7 Julai 2021,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Negeri dalam kenyataan media hari ini.

Masidi berkata, KKM mendapati penurunan kes di lima kawasan PKPD iaitu dua lokaliti di Sandakan iaitu Kampung Sungai Obar, Batu 7 Fasa 9B Taman Indah Jaya, dua lokaliti di Kudat iaitu Kampung Sin San dan Kampung Singgahmata, Pulau Banggi serta Taman Perdana, Lahad Datu.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri bersetuju menamatkan PKPD di dua lokaliti di Sandakan iaitu Kampung Sungai Obar, Batu 7 Fasa 9B Taman Indah Jaya pada 23 Jun 2021, seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, dua lokaliti di Kudat iaitu Kampung Sin San dan Kampung Singgahmata, Pulau Banggi, PKPD ditamatkan sehari lebih awal pada 23 Jun 2021 daripada yang dijadualkan.

Dalam pada itu, PKPD Taman Perdana, Lahad Datu, juga ditamatkan pada 22 Jun 2021 (11.59 malam) seperti yang dijadualkan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *