HomeUtamaCOVID-19 : 3 Kematian Direkodkan, 193 Kes Baharu Di Sabah

COVID-19 : 3 Kematian Direkodkan, 193 Kes Baharu Di Sabah

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan tiga kes kematian disebabkan COVID-19 hari ini membabitkan dua kes di daerah Tawau manakala satu lagi kes direkodkan di Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes pulih sepenuhnya turut mencatatkan angka lebih tinggi berbanding kes baharu iaitu sebanyak 319 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 65,557.

“Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 27 kes iaitu daripada 166 kes semalam kepada 193 kes hari ini.

“Daripada 193 kes jangkitan baharu hari ini, 84 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 48 kes adalah daripada saringan kluster, 17 kes adalah daripada saringan bergejala, 32 kes daripada saringan bersasar dan 12 kes adalah daripada lain-lain kes,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi berkata, sebanyak 10 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan enam daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala empat lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Kudat 31 kes (+21), Putatan 19 kes (+19), Beaufort 20 kes (+14) dan Kota Belud 19 kes (+12).

Katanya, walau bagaimanapun, 10 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes dimana lapan daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala dua daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kota Kinabalu (-19) dan Sandakan (-14).

“Pada hari ini, 11 daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Kinabatangan, Kalabakan, Tongod, Pitas, Ranau, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan.

“Ringkasan data keseluruhan pada hari ini ialah 10 daerah mencatatkan kenaikan kes dan 10 daerah lagi mencatatkan penurunan kes,”katanya.

Selain itu katanya,  tujuh daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam (termasuk daerah dengan catatan sifar kes), 11 daerah mencatatkan sifar kes, satu daerah kekal sebagai Zon Hijau (Beluran), dan lima kluster merekodkan catatan kes yang agak aktif iaitu Kluster Kampung Bolong Baru 15 kes, Kluster Ocean Blue sembilan kes, Kluster Taman Wawasan lapan kes, Kluster Lot 9 lima kes serta Kluster Serudung Baru lima kes.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular