Cabaran Selanggara Jalan Luar Bandar, Moga Kesilapan Melantik Syarikat Konsesi Tidak Berulang Kembali.

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu — Melihat latarbelakang jalan Melingan Long Mio – Long Pasia yang mempunyai jarak 128 Kilometer dari Pekan Sipitang itu bukanlah satu tugas mudah bagi mana-mana kontraktor / konsesi selenggara jalanraya di Negeri Sabah.

Jalan yang mempunyai lereng-lereng bukit yang terdiri daripada batu pasir yang mudah runtuh, menerima curahan hujan yang tinggi sepanjang tahun serta turut digunakan sebagai jalan utama aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan menyebabkan cabaran untuk menyelenggara jalan itu menjadi sukar.

Menurut rekod jalan berkenaan merupakan jalan balak yang dibina sekitar tahun 70an dimana pada ketika itu, pembinaan jalan berkenaan tidak dibina mengikut spesifikasi dan kajian kejuruteraan seperti sudut dongakan jalan, laluan air, sistem peparitan serta kajian kontur muka bumi.

keadaan jalan berkenaan yang telah rosak teruk ekoran tiadanya langkah-langkah yang diambil untuk menyelenggara jalan berkenaan semenjak beberapa tahun ini, lebih memburukkan keadaan.

Banyak infrastruktur yang dibina secara sementara seperti jambatan kayu, penahan tebing yang semakin dimamah usia telah rosak dan boleh menyebabkan bencana besar seperti tanah runtuh boleh berlaku.

Pada awal bulan ini, kami telah melaporkan rintihan penduduk di kawasan berkenaan apabila sebuah jambatan kayu yang merupakan satu-satunya laluan keluar di kampung berkenaan runtuh akibat dari hujan lebat menyebabkan hubungan dan talian komunikasi dua kampung terbabit dengan pekan Sipitang turut terputus.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di dua kampung berkenaan tidak dapat keluar ke pekan Sipitang bagi mendapatkan bekalan keperluan harian atau ke Hospital Sipitang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setiap minggu.

Mujurlah tindakan pantas syarikat PKM yang telah menerima arahan dari Kerajaan Negeri untuk menyelenggara semula laluan berkenaan membolehkan laluan utama penduduk di kampung berkenaan di sambung semula.

Syarikat berkenaan yang pernah menyelanggara jalan berkenaan pada tahun 2019 itu, turut menerima pelbagai cabaran ketika menyelenggara laluan berkenaan apabila lori balak yang membawa keluar hasil-hasil hutan bernilai tinggi di kawasan berkenaan turut menggunakan laluan ini.

Namun pada tahun 2020, pihak kerajaan ketika itu, telah melantik syarikat lain untuk menyelanggara jalan berkenaan dan entah bagaimana silapnya, penyelengaraan yang dijalankan syarikat itu, dikatakan tidak mencapai tahap yang memuaskan sehingga apa yang berlaku ketika tempoh berkenaan menyebabkan keadaan jalan berkenaan kini menjadi lebih parah.

Namun pada bulan jun tahun ini, syarikat PKM telahpun diberikan amanah semula untuk meneruskan kembali projek penyelengaraan yang menghubungkan Long Mio, Long Pasia itu.

Diharapkan kerajaan baharu yang kini diberikan amanah oleh Rakyat Sabah di dalam Pilihanraya Negeri baru-baru ini, mengambil iktibar mengenai perlantikan syarikat-syarikat konsesi untuk menyelanggara jalanraya di Sabah agar episod hitam yang berlaku tidak berulang Kembali.

laporan Kami mengenai jambatan runtuh tempoh hari

Justeru, dengan Kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji yang kini memimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ke kawasan berkenaan khamis ini, pastinya ditunggu-tunggu oleh penduduk di kawasan ini .

Beliau pastinya boleh melihat sendiri kepayahan yang dihadapi penduduk agar kesalahan melantik syarikat yang mungkin tidak tepat dapat dielakkan sekaligus dapat mengelakkan dana kerajaan disalahgunakan sebegitu sahaja.

Moga sesuatu yang lebih baik dapat diumumkan kepada Lebih 1,000 penduduk di Kampung Long Pasia dan Long Mio di Sipitang dalam jangka masa terdekat ini dan dengan berita baik itu pastinya mereka akan mengingati Ketua Menteri dan Kerajaan GRS pimpinannya sebagai sebuah kerajaan yang membela rakyat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *